Resepi Banana Oat Pancakes Versi Diet

Nak tak kami kongsikan rahsia berjaya turunkan 40 kg berat badan dari 90 kg kurang dari setahun? Jika sista-sista semua pernah terbaca posting viral ‘Diet Pisang’ berjaya turunkan berat badan 27 kg dalam tempoh 3 bulan, itu lah dia Sophia Safian. Sekadar berkongsi menu sihat supaya selepas ini lebih ramai gadis-gadis comel di Malaysia.
Bahan-bahan :
- 2 biji pisang cavendish (pisang diet)
- 5 sudu besar instant rolled oats
- 1 biji telur
- 30 ml minyak zaitun atau olive oil
- 1 sudu besar jem strawberry
Cara-cara :
- Lecekkan buah pisang ke dalam mangkuk.
- Masukkan 1 biji telur dan gaulkan sehingga sebati.
- Kemudian, masukkan 5 sudu besar Instant Rolled Oats ke dalam mangkuk dan gaul sehingga sebati.
- Masukkan 30 ml minyak zaitun atau olive oil ke dalam adunan pancake itu tadi.
- Panaskan kuali non-stick pan dan kemudian masak pancake sehingga kekuningan.
- Letakkan di atas piring dan hiaskan dengan beberapa biji buah blueberry dan strawberry mengikut kesukaan.
- Tuangkan 1-2 sudu jem ke atas pancake dan sedia untuk dihidang.
Resepi Diet Wrap Omelette Rolls

Menu diet yang ini sangat sedap. Omelette yang dibalut dengan wrap rolls dan diletak salad yang segar. Dipadu topping mayonis yang menambah segarnya rasa salad dan omelette. Makan satu sudah kenyang. Sangat sesuai untuk menu diet.
Bahan-bahan :
- Olive @ corn oil
- Bawang putih
- Mix herbs
- Ayam bahagian dada
- Serbuk lada sula
- Serbuk lada hitam
- Garam bukit
- Wrap wholegrain
- Telur
- Mayonais
- Cili benggala
- Keju slice
Cara-cara :
- Panaskan sedikit butter olive oil / minyak jagung atas pan. Kemudian masukkan 3 ulas bawang putih yang telah dicincang halus. Biarkan bawang menjadi kekuningan.
- Masukkan 1/2 sudu kecil mix herbs.
- Masukkan pula seketul ayam bahagian dada yang telah dicincang dadu.
- Kacau sebati.
- Masukkan lagi secubit mix herbs, serbuk lada sulah, serbuk lada hitam, garam bukit ionik.
- Balik-balikkan 5-7 minit.
- Siap. Ketepikan dulu.
- Untuk wraps, guna wraps Wholegrain. Panaskan atas pan hingga kekuningan untuk kedua-dua bahagian. Siap, ketepikan.
Cara Omelette :
- Pecahkan 2 biji telur dalam mangkuk. Masukkan sedikit mayonis Kewpie.
- Kacau rata.
- Panaskan sedikit sahaja minyak jagung.
- Setelah pan panas, tuang bancuhan telur tadi.
- Guna api paling perlahan.
- Seterusnya, tabur rata ayam yang telah digrill tadi.
- Taburkan dengan hirisan cili benggala, secubit mix herbs, 1/2 slices keju yang dihiris nipis, setelah keju mencair, boleh tutup api.
- Lipat wrap.
- Sediakan salad pilihan yang telah dikeringkan. Lagi banyak warna lagilah cantik.
- Untuk omelette tadi, cikgu guna 1/2 bahagian sahaja. Gulungkan.
- Seberapa banyak jenis pun, campuran semuanya jangan lebih 1 sudu kecil ya.
- Susunkan salad terlebih dahulu.
- Masukkan omelette roll.
- Akhirnya, picitkan mayonis atas salad.

No comments:
Post a Comment