Thursday, 13 June 2019

7 Tips Gempak Untuk Maintain Kurus Selepas Hari Raya!

7 Tips Gempak Untuk Maintain Kurus Selepas Hari Raya!


Belum terlambat jika nak ucap selamat hari raya, maaf zahir batin. Semoga hari raya tahun ini lebih meriah dari tahun sudah. Insya- Allah! Ok, topik ini agak ‘hot’ selepas hari raya. Badan naik, badan naik, badan naik! Selepas 30 hari berpuasa, sudah tentu ada pengurangan berat badan yang dialami. Badan jadi ringan dan perut makin kempis. Pun begitu, tiba sahaja 1 Syawal, nafsu yang dikawal selama 30 hari bagai tidak boleh dibendung. Mulalah pesta makan besar besaran hingga berat badan naik mendadak.
Jangan risau, jika anda alami masalah sebegitu, kami akan kongsikan kepada anda 7 tips gempak dan awesome untuk anda maintain berat badan, kurus dan seksi walaupun banyak rumah terbuka untuk anda hadiri! 

Tips 1 : Banyakkan minum air kosong

Ini tips paling senang. Serius. Amalkan bawa botol air 1.5 liter ke mana sahaja anda pergi. Dalam kereta wajib ada terutama ketika dalam perjalanan ke rumah terbuka. Minum air tersebut sebelum ke rumah terbuka. Ini penting supaya anda tidak berasa terlalu lapar dan mengelakkan anda makan seperti orang yang sudah 30 hari kebuluran.

Tips 2 : Detox! Detox! Detox!

Berpuasa 30 hari adalah satu proses detox. Pun begitu, anda masih boleh melalukan proses detox ini untuk mendapat hasil yang lebih cepat dan efektif. Antara cara detox yang baik adalah dengan minum air buah-buahan.

Tips 3: Makan dalam pinggan kecil

Yup! Elakkan ambil pinggan besar. Serius!

Tips 4: Beritahu kawan anda tengah diet

Kawan anda perlu dan wajib tahu anda sedang diet. Mungkin mereka akan ejek anda, tapi jangan risau, ejekan mereka akan dibalas apabila mereka lihat anda boleh memakai semula baju semasa anda berada di tingkatan 5!

Tips 5: Makan buah-buahan

Makan buah-buahan akan menyebabkan anda rasa lebih cepat kenyang. Jangan terlalu ghairah untuk makan makanan bekarbohidrat tinggi.

Tips 6: Berhenti sebelum kenyang!

Masalah kebanyakan orang adalah, mereka akan makan sehingga terlalu kenyang. Kadang kala, nak bernafas pun sukar! Elakkan dari amalkan amalan ini.

Tips 7: Puasa 6

Ya.. ini tips paling agung sebenarnya. Puasa 6. Ia boleh mengembalikan anda kepada momentum semasa bulan Ramadhan. Apabila kita berpuasa, kita menahan diri dari makan dan minum. Dan pada masa sama, mengajar diri erti sabar.

Sumber: dairikurus

No comments:

Post a Comment

Turun berat badan 5kg dalam seminggu

Makan sikit je tapi berat tak turun pun!” Mesti ramai di antara anda semua mengalami masalah ini kan? Kadang tu seharian minum air masa...